scroller


Click here for Myspace Layouts

Saturday, February 18, 2012

Kem Daerah Kor Kadet Polis di Kalumpang Resort,Batang Kali...

hey readers...today i nak shared with you all my experience 3 days ago..as you all know that i and my friends had went to camping for cadet police...so,now i nak kongsikan bersama kawan-kawan semua pengalaman dan perkara yang berlaku sepanjang kem tersebut dijalankan..taaappppiiii...ada syaratnya..hanya kita sahaja yang tahu k..hehe..okay we start now..

14 Februari 2012 :tepat jam 6.50 aku dan kawan-kawan yang lain sudah bewrkumpul di IPD Daerah Petaling..ramai kawan-kawan yang baru kami kenali di sana  dari sekolah yang berbeza-beza..dan tidak ketinggalan juga ade yang datang lambat so ape lagi dapat satu hadiah sudah pagi-pagi tu iaitu "bumping"..then selepas irtu kami dibahagikan mengikut kumpulan yang ade pada tag kami..aku satu kumpulan dengan FARAH..kami berenam berpisah tau tetapi berdua-dua..then kami memulakan perjalanan ke Kalumpang Resort..di dalam bas aku duduk dengan junior aku iaitu FARAH HANIM yang sangat gila dan happening..satu kepala pulak tu..ape lagi dalam bas tu sibuk bercerita itu ini dengan die sampai semua tertidur..,bile sampai je "JALAN LASAK" menanti..part ni yang kurang bestnya..mana taknya kene lari bawak beg galas yg dalamnya ade bermacam-macam barang (baju full kadet.kasut kadet.periuk.baju hujan.torchlight,sudu.garfu.pinggan)..hah banyakkan..bayangkanlah kami berlari dengan semua barang tu..then kami siap diberi belon yang harus ditiup..belon tu diibaratkan nyawa kami sendiri..then bile dengar bunyi pistol kami semua dikehendaki meniarap..dan ketua platun harus menyebut 'sent 2'..bila dah start berlari macam klip video awan nano tu memang penat la kan..bile sampai kami diberi ceramah tentang kesihatan..berjaga-jaga dengan' virus kencing tikus' yg merbahaya..selepas tu tetiba aku jadi kaku sebab aku disuruh menjadi ketua platun..memang tak lah kan..ape nak buat,belasah jelah..lepas ceramah makan time..and kami disuruh duduk dalam satu khemah mengikut kumpulan dan susunan nama yang diberi..aku satu khemah dengan ROS AFHIRAH dari SMK LEMBAH SUBANG dan POONETHA yg lupa nama sekolahnya..hehe..selepas mendirikan khemah kami semua ade latihan kompas  atau pengenalan arah..lepas tu  free sampai malam..then aktiviti malam pulak sesi pengenalan dengan senjata api..apa lagi terbeliak mata nampak senapang and pistol tu..dengar punya dengar dah mengatuk..then sebelum tidur tu aku kene bagi tahu siapa yang menjaga sentri malam tu..mengikut giliran stiap 2 jam..nasib baik aku tak jaga tau..then tidur..

15 Februari 2012 :seawal jam 5 pagi dah bangun tau...mana taknya nak mandi awal-awal takut bilik aior penuh..hehe..bile dah mandi tu kene kejutkan ahli kumpulan yang tidur mati pulak..geramnya kejut org yang tidur tak ingat dunia..nasib baik kawan..boleh bersabar lagi kan..hehe..then aktiviti pagi kami sebelum pergi bersarapan ialah bersenam gaya kadet polis..bayangkanlah..hehe..selepas sarapan kami ada latihan kawad kaki..semua dah gabra sebab lepas tu ade pertandingan untuk pemilihan negeri..bayangkan lah suara aku hilang gara-gara kene jadi ketua komand kat depang..lagi gabra bile ade PN SHILA kat sebelah..hehe..then pertandingan kawad kaki berlangsung..bile dengar kumpulan FOXTROT dipanggil kami pergi dan bersedia..semua dalam kegelisahan..aku ade buat salah pulk time melapor diri tu..hehe..selesai kawad kami semua dimarahi dan semua jurulatih kecewa..kami semu rasa bersalah then diorang bagi denda..kami disuruh memakai baju yang paling kotor yang kami ade..memang paling kotor la baju aku amik kan..berbau pulak tu..selepas dipanggil,kami disuruh berjalan itik dari dataran padang kawad sampai tepi sungai secepat yang mungkin..seterusnya,kami dah takut..CIK ABU suruh kami pandang kiri atas dan kanan  atas dan tengok ade kamera,.rupa-rupanya kami sudah terkena 'WAKENABEB'...arrrhhhhhh...malu gile kot and kami dibenarkan mandi sungai..ape lagi semua macam lembu keluar kandang je..macam tak pernah jumpa sungai termasuk aku..kami mandi,menyayi,dan gelak bersama-sama macam sebuah keluarga walaupun tak kenal antara satu sama lain..selepas mandi sungai kami bersihkan diri..then kami buat latihan untuk malam kebudayaan..kumpulan FOXTROT kene buat boria..boria derrr...macam mana nak buat...aaaiihh pening kepala aku memikirkannya..4 jam kami buat latihan tibalah masa untuk malam kebudayaan..semasa malam kebudayaan tu memang lawak giler dan penuh dengan gelak ketawa..semua spontan je..tiba-tiba selepas malam tu 25 orang termasuk aku sakit..(demam,pening.gatal-gatal dan lain2)..kami semua dibawa ke klinik kerajaan untuk diperiksa..masa dlm perjalanan TUHAN saja tau betapa takunya kami kalau-kalau terkena jangkitan..bile sampai je hujan lebat..lagi lah menggigil aku kan..bile jumpa doktor alhamdulillah..tak de pape pun..balik dah pukul 2 lbh and dah mengatuk bagai..kami semua tidur dalam dom..yang lelaki tidur dalam dewan sebab hujan lebat time tu and air sungai naik deras..khemas bocor dan masuk air..tak boleh kata ape-ape,ikut jelah arahan..

16 Februari 2012 : hari ni aku bangun lambat sikit sebab semalam tak sihat...aku tidur dalam dom bersama 7 orang pelajar perempuan yang sakit  jugak..kami bangun lambat..bangun-bangunnje selepas sarapan kami ade latihan penutup dan latihan penyampaian hadiah..dalam tak larat tu terpaksa buat jugak..semasa penutup dijalankan aku tiada sebab tak larat dan aku disuruh ke dom tidur dan berehat bersama kawan-kawan yg sakit..boring gak la menunggu dalam dom tu..at least kalau duduk kat luar boleh tengok ape yang berlaku..bile dah tamat je upacara penutup[ tu aku keluar and tup-tup mereka nak buat poco-poco dan tarian ayam..hehe..aku join la..memang happening gilerr seeyyy...rugi siapa tak ade..aku ada..hehe..last penutup semua campak berey tanda selesai kem..lepas kemas beg kami berkumpul di dataran untuk taklimat nama-nama calon-calon kem negeri..nama aku  naik..habis la..10/3 ni ada latihan menembak ..aku akan berusaha untuk dapatkan kem negeri ni sebab last kot untuk tahun ni..tahun depan takde dah..nak balik je kami naik bas sampai IPD..

p/s :tak semua diceritakan secara detail..ade yang terpaksa dirahsiakan dan ade yg dah lupa..so ni je kot..kalau ade lagi nanti i update..

No comments:

Post a Comment