hey readers...
dah tengok ke cite NORA ELENA....????
atau dah baca dah novel KASIH YANG SUCI dari novelis MEEN ZULAIKHA..???
untuk pengetahuan semua cite tu best tau...
tengok si nopsis pon da best...
ape lagi baca and fahami cite nye...
wowww...meletop yuallsss....
hahahah...detective n tak baca pon novel nie lagi...
tp dr ape g kawan detective n ceritakan dan detective baca sinopsis novel ni...
memang la...rasenye kalau detective n baca mahu berendam air mata satu baldi...
hehehe...kwn detective n yang memang jarang layan jiwang karat nie pon boleh nagis...
errmmmm...belom kita yg tak baca lagi novel tu...
nie die ada sedikit bingkisan sinopsis dari novel KASIH YANG SUCI....
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru.
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa.saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

No comments:
Post a Comment