kisah hari ni agak menyedihkan..aku tidak tahu la sama aku boleh jalaninya sendiri atau tidak..aku sudah kehilangan rakan dan sahabat baikku...hanya kerana salah faham diantara kami...aku sendiri tidak berapa mengetahuinya tentang permasalahannya tetapi apabila kami berjumpa tadi,mereka seolah-olah menyandarkan semua kesalahan di bahuku...apa sebenarnya berlaku...takkan hanya permasalahan yang kecil mereka mahu memperbesarkannya...aku sendiri tidak faham..masih adakah ruang diantara kami semua untuk berbaik seperti sedia kala...aku amat merindui disaat kegemilangan kita bersama sewaktu permulaan perkenalan kita semua di satu kelas yang agak kecil tetapi memberi impak yang besar buat kita...dari tidak mengenali antara satu sama lain,kita menjadi satu...kita mengenali hati budi masing-masing hanya dalam 4 bulan sahaja...terus satu kumpulan dibentuk dan diberi nama D'WANINA...nama yang agak pelik tetapi bermakna buat semua...diitulah permulaan kita berenam bersama walau dimana kita semua pergi..tidak pernah berpisah..setiap kenangan kita kongsi bersama,setiap tangisan kita alami bersama dan setiap kegembiraan dan kesedihan kita hayati bersama...saling mengambil berat antara satu sama yang lain menjadi aset penting dalam sesuatu perhubungan...teringat aku akan suatu ketika kita pergi camping bersama...walaupun tanpa ketiadaan ain,kita tetap bersama...saat-saat indah di kem amat menyentuh ahti bila dikenang kembali...aku masih teringat akan ketika kita bersama-sama pergi ke 'night walk'!!!semua menangis bila mengenangkan nasib jika salah satu diantara kita sesat di hutan..ini telah menunjukkan bahawa kita saling menyayangi antara satu sama yang lain..apabila usia kita mencecah 15 tahun..masing-masing sudah tidah serasi lagi...hanya kadang-kadang kita akan berkumpul bersama...kehilangan ain ketika kami berkumpul amat menyakitkan...kenapa ain harus menghilang dan sudah tidak bersama kami lagi..??benda tu masih menjadi tanda tanya sampai sekarang...selepas setahun,masing-masing sudah meningkat dewasa dan sudah pandai berfikir...mula-mula lagi,izaty sudah pergi meninggalkan kami semua...dia pindah ke negeri sembilan atas desakan keluarganya...selepas itu,pada awal persekolahan lagi sudah ada konflik diantara kami...bermula dengan konflik diantara nadiah dan wafi ketika di MID VALLEY...sudah aku jangka benda ni akan jadi...sebab itulah aku tidak mengikut mereka ke sana...sejurus selepas tu,shikin pulak yang makin menjadi..tak tahulah apa ang dah jadi kepada mereka..??dua orang yang gaduh,sampai semua terlibat sama...seorang backup orang ni,seorang lagi backup orang ni...apa nak jadi ni..??susah ke kalau nak berbincang??dan susah ke nak keluarkan perkataan 'MAAF'...susah sangat ke..??perlu bayaran yang mahal ke jika kita meminta maaf kepada orang lain dan memaafkan orang lain....???sampai sekarang konflik ni masih berlarutan...yang si ain sudah menyepikan diri,izaty pulak pindah ke asrama dan susah nak contact dia...lepas tu wafi dan shikin telah bersama mencari rakan baru iaitu hanis...sekarang tinggallah aku dan nadiah...hanya kami sahaja ang sukar melupakan memori d'wanina yang tersisa...akhirnya,aku dan nadiah telah membuat keputusan untuk tidak masuk di mana-mana kumpulan...kami ingin bebas berkawan...kami tidak mahu terikat di mana-mana kumpulanlagi...sekarang,kami bahagia bila mendapat kawan seperti maslisa,mard,madi natasha,wan dan ros...tetapi kami tidak akan pernah melupakan kawan-kawan lama kami yang lain...pintu hati ini sentiasa terbuka untuk kami berbaik semula tetapi bukan untuk kembali ke kumpula ...kerana sekarang D'WANINA sudah pupus...ditelan ombak yang besar...
p/s:jadi pada semua rakan-rakan di luar sana...hargailah nilai persahabatan anda...jangan sia-siakan persahabatan hanya kerana satu permasalahan yang boleh diselesaikan dengan vara yang baik...jadi,renung-renungkanlah...
dan selamat berfikir...
ikhlas dari 'Detective N'....
No comments:
Post a Comment